Total Pageviews

Followers

Sunday 27 January 2013

ONE SMILE KINDERGARTEN


Logo senyum adalah untuk memberi gambaran bahawa tadika ini menitikberatkan sifat peramah dan sentiasa tersenyum. Hal ini kerana senyuman merupakan ubat bagi semua perkara. Nama ini adalah untuk kanak-kanak tadika ini lebih mesra dan murah dengan senyuman sepanjang masa. Ini juga adalah kerana pembudayaan di prasekolah yang mengamalkan senyuman dalam perbualan dan juga melatih kanak-kanak supaya mereka lebih mesra dalam komunikasi harian mereka.
Logo yang memakai songkok pula adalah menggambarkan bahawa tadika ini juga menitikberatkan tentang pendidikan agama untuk para pelajar. Pendidikan agama perlulah diterapkan sedari awal agar mudah untuk para pelajar mengamalkannya sehingga dewasa.

Tadika ini juga menggunakan motto ‘Bermulanya Di Sini’ sebagai platfom untuk membentuk kanak-kanak yang boleh dianggap sebagai permata yang bernilai untuk  pembangunan sesebuah negara pada masa akan datang. 

CARTA ORGANISASI ONE SMILE KINDERGARTEN


    One Smile Kindergarten akan ditadbir oleh seorang pengurus. Dalam tempoh permulaan, Tadika ini hanya memiliki 2 orang guru, dua pembantu guru, seorang kerani dan dua orang tukang masak.Hal ini kerana,jumlah sebenar kanak-kanak yang akan mendaftar masih belum diketahui. Namun, Tadika ini akan menambah bilangan staf dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Pengurus
Izammudin Bin Aman

Guru 
Noor Izuni Aini Bt Che Azahri

Pem.Guru
Puteri NurFarahanun Bt Ruslan

Guru
Norsuriaty Binti Mat Sukornor

Pem.Guru
 Mohd Nafsahwandy Abd Manap

Kerani
Wani Syahirah Bt Nor Afandi

Tukang Masak
Nur Haziyah Bt Awai@Md Hanapi

Tukang Masak

Nur Aina Fartikha Bt Abdullah Sani



Visi One Smile Kindergarten

Menjadikan sebuah tadika yang progresif, berintergriti dan berwawasan bagi melahirkan permata yang berkualiti dan warganegara yang mempunyai jati diri.


Misi One Smile Kindergarten

  • Menyediakan kanak-kanak yang bersepadu dan berketrampilan 
  • Mewujudkan iklin tadika yang harmoni dengan persekitaran yang bersih dan keindahan alam semulajadi yang kondunsif
  • Menyediakan kemudahan yang sistematik untuk memastikan keselamatan kanak-kanak
  • Berusaha mencapai hasrat negara ke arah Wawasan 2020
  • Membentuk kanak-kanak menjadi individu yang berdaya saing dengan arus globalisasi.